TAHFIZ DARUL FURQAN

Melahirkan Generasi Al-Quran Yg Beriman, Berilmu Dan Bertaqwa

5-JANGKAMASA PENGAJIAN

Bangunan Kelas Tadika Tahfiz, Sek. Ren. Tahfiz

Bangunan Kelas Tadika Tahfiz, Sek. Ren. Tahfiz

Sekolah Tadika Tahfiz

Jangkamasa pengajian adalah selama 3 tahun. Pelajar-pelajar akan diasuh dengan nilai-nilai murni Islam dalam pengamalan harian mereka. Pelajar-pelajar juga akan mendalami didikan asas seperti doa-doa harian dan mata pelajaran yang lain. Dalam waktu yang sama mereka juga akan menghafaz surah-surah lazim bermula dari surah Ad-Dhuha hingga An-Nas.

Sekolah Rendah Tahfiz

Jangkamasa pengajian adalah selama 6 tahun. Sukatan matapelajaran adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (JPM). Bermula dari darjah 1, pelajar-pelajar akan menghafaz dari juz 30. Sasaran penghafazan mereka ialah antara 3 hingga 5 juzuk selama 6 tahun.Pada tahun akhir (darjah 6) pelajar-pelajar akan menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah Menengah Tahfiz

Jangkamasa pengajian adalah selama 6 tahun. Matapelajaran yang diajar adalah 5 matapelajaran teras untuk pelajar-pelajar menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mengikut kaedah persijilan terbuka. Antara sebab utama ialah kerana pihak pentadbiran lebih mementingkan hafazan Al-Quran mereka. Mereka dikehendaki menguasai 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 6 tahun.

Tahfiz Sepenuh Masa (lelaki dan perempuan)

Oleh kerana matlamat yang ingin dicapai adalah tinggi, maka ia memerlukan tempoh pengajian yang tertentu. Tempoh yang dicadangkan adalah selama 4 tahun. Pelajar-pelajar juga akan mendalami matapelajaran agama antaranya, bahasa arab, tajwid, akhlak, tasauf, feqah, tafsir dan hadis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

:: MASA DAN USIA ::

December 2016
M T W T F S S
« Jul    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

:: ARTIKEL ::

%d bloggers like this: