TAHFIZ DARUL FURQAN

Melahirkan Generasi Al-Quran Yg Beriman, Berilmu Dan Bertaqwa

Kemunculan Album Naqia

KUALA LUMPUR: Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun berusaha akhirnya album nasyid Naqia akan berada di pasaran tidak lama lagi, insyaAllah. Untuk pengetahuan semua, album nasyid ini merupakan satu projek usahasama antara Tahfiz Darul Furqan bersama Naqia Production (M) Sdn Bhd. Mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini antaranya ialah pelajar-pelajar Tahfiz Darul Furqan yang telah dipilih sebagai penasyid.

Album Naqia

Album Naqia

Album ini juga turut melibatkan alunan bacaan al-Quran dan doa oleh Adik Muhammad (mu’azzin kecil TV9). Album yang bakal berada di pasaran ini turut memuatkan bacaan deklamasi sajak oleh Pak Dinie Juri. Ia juga mengandungi lima buah nasyid yang diselangi dengan bacaan al-Quran beserta terjemahan dan sajak yang pastinya akan menyentuh jiwa bagi pendengar yang benar-benar menghayati mesej yang disampaikan. Tajuk-tajuk nasyid tersebut adalah; 1, Zikir Iftitah; 2, Ya Ummu; 3, Kau Permata (Guruku); 4, Rintihan; 5, Nasyid Khatam al-Quran.

Seterusnya pihak Tahfiz Darul Furqan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah, Naqia Production (M) Sdn Bhd, Dato’ Prof. Dr Hjh Zamila Hj Husin kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mencungkil bakat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ini.

Kepada mereka yang berminat untuk memiliki album ini atau ingin menjemput kami untuk mengadakan persembahan bolehlah  terus menghubungi kami di talian : 013-231 8675 (Ust. Izzat).

Filed under: Makluman

One Response

  1. anisah says:

    tahniah naqia kerana menerbitkan sebuah album yang berunsurkan islamik!!semoga naqia terus maju ke hadapan !!hayya kumullah..

Leave a comment

:: MASA DAN USIA ::

May 2009
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

:: ARTIKEL ::