TAHFIZ DARUL FURQAN

Melahirkan Generasi Al-Quran Yg Beriman, Berilmu Dan Bertaqwa

8-ANDA BERMINAT?

19 Responses

  1. noraini says:

    assalamualaikum,
    saya ingin tanya mengenai kemasukan murid darjah satu ke madrasah pihak tuan.
    1. apakah subjek yang diajarkan?. adakah subjek kerajaan turut diajar sekali?
    2. masa pembelajaran dari pukul berapa hingga pukul berapa?.
    3. berapakah yuran yang dikenakan dan berapa pula yuran bulanan?
    4. ada tak pengangkutan disediakan untuk pelajar di duduk di sekitar taman melati.
    sekian, terima kasih.
    wassalam.

    • Ustaz says:

      wa’alaikumussalam

      1.Sekolah Rendah Tahfiz

      Jangkamasa pengajian adalah selama 6 tahun. Sukatan matapelajaran adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (JPM). Bermula dari darjah 1, pelajar-pelajar akan menghafaz dari juz 30. Sasaran penghafazan mereka ialah antara 3 hingga 5 juzuk selama 6 tahun.Pada tahun akhir (darjah 6) pelajar-pelajar akan menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

      2.Masa pembelajaran adalah bermula jam 8 pagi sehingga jam 4.30 petang. pada jam 12 t/hr pelajar akan diwajibkan tidur qailulah sehingga zohor.

      3.yuran bulanan bagi pelajar yang tidak tinggal di asrama sebanyak RM 180 termasuk sarapan pagi dan makan t/hari.

      4.setakat ini pihak pentadbiran belum lagi menyediakan pengangkutan untuk pelajar. kebanyakan dari ibubapa menghantar anak-anak mereka seawal jam 7.30 pagi sebelum ibubapa bergegas ke tempat kerja masing-masing.

      jazakallah

  2. faeez says:

    assalamu’alaikum
    jika individu berminat untuk mendalami pengajian disana tetapi sekadar mempunyai asas biasa sahaja, bolehkah beliau mengikuti pengajian di sana? berapakah had umur yang dibenarkan? dan berapa lamakah masa yang diperlukan

    • Ustaz says:

      waalaikumussalam..

      1. Bagi mereka yang benar2 berminat utk m’hafaz Al-Quran, kami amat alu-alukan walaupun mereka tidak benar-benar mahir atau hanya mempunyai asas biasa.

      2. Had umur pengambilan pelajar bagi Tahfiz sepenuh masa antara umur 7 tahun hingga ke 18 tahun.

      3. Masa yang diperlukan utk m’khatamkan al-Quran terletak pada kemampuan IQ individu. Pihak kami hanya mensasarkan 3-5 tahun utk pelajar menamatkan hafazan mereka.

  3. atiqah says:

    assalamualaikum..
    saya inin bertanya:
    bagi pelajar yg telah pn habis menghafal 30 juz dan ingin mengambil SPM di sana, bagaimanakah cara untuk masuk ke sekolah tersebut?

    • Ustaz says:

      Waalaikumussalam..

      1. Maaf, buat masa ni kami belum lagi menerima kemasukan pelajar utk mengambil SPM.

      2. Sek. Men. Tahfiz Darul Furqan bagi kemasukan 2009/10 hanya utk tingkatan 1-4 bagi lelaki sahaja.

  4. norazna says:

    assalamualaikum
    anak saya berumur 5 tahun dan masih belum bersekolah. saya amat berminat nak menghantar anak saya ke sekolah tahfiz + akademik, yang mempunyai asrama.
    adakah saya dapat menghantar anak saya kesini?
    dan berapakah bayaran yang dikenakan?
    sekian,
    terima kasih

    • Ustaz says:

      waalaikumussalam..

      1. Utk pelajar yg tinggal di asrama, kami hanya menerima mereka yg berumur 8 tahun ke atas.

      2. Jika puan tinggal@bekerja di sekitar sentul/gombak puan boleh menghantar anak puan di sini utk kemasukan sesi 2009/10 bagi pelajar Tadika Tahfiz. Pengajian mereka akan bermula seawal jan 8 pagi-4.30 petang.

      3. Kadar yuran yang dikenakan sebanyak RM 180 termasuk makan/minum.

  5. ainul says:

    Salam,,blh ke kalau pelajar lepasan spm belajar di tahfiz dan seterusnya ingin m’jadi ustaz/ustazah?

  6. shahrina ahmad sharkawi says:

    Assalamua’laikum

    Saya diperkenalkan dengan Tahfiz ini oleh bapa saudara saya (Zaidi Edward) dan isterinya (Kusnah). Mereka berdua dari Sarawak, mantan pelajar Tahfiz di Masjid Negara dulu…

    Anak saya – Amir Muttaqin berusia 6 tahun. Saya berhasrat untuk menghantar beliau ke tahfiz ini seawal darjah satu tahun depan (2010). Beliau sudah habis Iqra’ dan kini sudah boleh baca Qur’an sendiri, dah Juz 2 dan nak masuk Juz 3. Beliau juga sudah boleh membaca B.M dan B.I seawal 5 tahun. Bolehkah beliau diterima dan tinggal di asrama di tahfiz ini? Saya tinggal di Bandar Enstek, dekat Sepang / Nilai N.Sembilan.

    Buat masa ini beliau sudah lulus ujian masuk sekolah integrasi di Salak Tinggi tetap masih berminat untuk masuk ke tahfiz ini.

    Saya juga ada anak berusia 8 tahun (Alim Mustaqim),9 (Adib Abidin),10 (Ameen Solihin) dan 11 tahun (Nur Afiffy), tetapi mereka belum lancar Al Qur’an, bolehkah mereka diterima juga?

    Jika menetap di asrama, bagaimana pula bayarannya? Apa aktiviti malam untuk mereka? Bila boleh melawat? Berapa kali boleh balik rumah dalam masa sebulan?

    Bagaimana jadual cuti sekolah? Sama tak dengan sekolah biasa?

    Jazakallahi Khairan Kathira…

    Wassalam

    SHAHRINA AHMAD SHARKAWI
    016-3112165

  7. hafiz says:

    salam,nk tanya perkara yg sama spt ainul,lepasan spm boleh masuk tak ke sana jika mereka ada minat dalam bidang tahfiz?

  8. Pn.In says:

    asalam…ustad,boleh ke terima anak lelaki yang berusia 15&16 tahun masuk ke tahfiz darul furqan
    tetapi dia tiada pmr kerana sebelum ini bersekolah
    di tahfiz sepenuh masa.

  9. din says:

    salam… ustaz. berapakah yuran untuk pelajar yang tinggal di asrama. untuk pelajar lelaki dan perempuan

  10. wariszan says:

    assalamualaikum ustaz,

    saya ada adik perempuan berumur 14 tahun
    saya nak dia masuk tahfiz jadi hafizah…
    boleh beri pandangan..buat sementara waktu ni dia x pergi ke sekolah..kami masih mencari tempat belajar untuk dia yang sesuai…

    ustaz boleh terus bhubung terus ngan saya di 0173734676

    terima kasih

  11. ely sophia says:

    assalammualaikum…
    saya ingin menghantar anak saya lelaki akan datang tahun ini darjah 1… adakah terdapat sekolah tahfiz ini di sekitar nilai atau berdekatan dengan tempat tinggal saya? saya ingin memasukkan anak saya ke asrama tahfiz. dah jika akaknya nanti darjah 2.. bolehkan anak saya itu masuk kesana? asrama juga. itu saha persoalan saya terima kasih. inginkan jawapan dengan segera.

  12. Mohd Kafrawi says:

    assalamualaikum,
    Saya berumur 20 tahun dan masih lagi belajar di kolej,
    adakah saya layak belajar di pusat tahfiz untuk mendalami al quran.

  13. siti nur says:

    assallammualaikum!

    PMR DENGAN SPM AMIK TAK?

  14. siti nur says:

    assallammualaikom
    pmr dan spm ada tak?

  15. salmah says:

    Assalamualaikum,
    1. saya ingin menghantar anak selepas PMR bagi program tahfiz sepenuh masa. Saya bercadang dia menduduki SPM selepas 3 tahun tamat tahfiz. Bagaimana untuk anak saya belajar Ting. 4 dan 5 selepas program ini?

    2. adakah tahfiz ini menjalankan program tahfiz semasa cuti sekolah akhir tahun 2010?

Leave a reply to hafiz Cancel reply

:: MASA DAN USIA ::

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

:: ARTIKEL ::