TAHFIZ DARUL FURQAN

Melahirkan Generasi Al-Quran Yg Beriman, Berilmu Dan Bertaqwa

MOHON MAAF

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah atas segala pemberian rahmat dan nikmat yang tidak terhingga. Selawat dan salam pada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait dan para sahabat baginda.

Hampir sekian lama laman Tahfiz Darul Furqan tidak dikemaskini. Sudah pasti banyak perkara-perkara baharu yang tidak sempat dihebahkan di sini. Banyak juga isu-isu penting yang tidak sempat dikongsi bersama.

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini permintaan untuk ke sekolah tahfiz mendapat sambutan tinggi. Begitu juga permintaan ke Tahfiz Darul Furqan. Banyak permintaan yang kami terima melalui komen yang ditinggalkan di ruangan komen. Kepada pengunjung yang bertanya mengenai Tahfiz Darul Furqan, kami MOHON MAAF kerana tidak menjawab segala pertanyaan. InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya mengemaskini laman ini untuk kebaikan bersama.

Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Teruskan menyokong semua institusi pengajian tahfiz al-Quran yang terdapat di Malaysia. Berharap generasi yang akan datang ini merupakan generasi pembela agama Allah hasil dari kesedaran ibubapa yang mengambil langkah bijak dengan menjadikan penerapan ilmu al-Quran sebagai ilmu yang terawal diserap di dada anak-anak.

Semoga kita sama-sama mwndapat pimpinan Allh s.w.t

Wassalam

Filed under: Uncategorized

Pamplet Tahfiz Darul Furqan

pampletdepanpampletdalam

Filed under: Umum

Kemunculan Album Naqia

KUALA LUMPUR: Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun berusaha akhirnya album nasyid Naqia akan berada di pasaran tidak lama lagi, insyaAllah. Untuk pengetahuan semua, album nasyid ini merupakan satu projek usahasama antara Tahfiz Darul Furqan bersama Naqia Production (M) Sdn Bhd. Mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini antaranya ialah pelajar-pelajar Tahfiz Darul Furqan yang telah dipilih sebagai penasyid.

Album Naqia

Album Naqia

Album ini juga turut melibatkan alunan bacaan al-Quran dan doa oleh Adik Muhammad (mu’azzin kecil TV9). Album yang bakal berada di pasaran ini turut memuatkan bacaan deklamasi sajak oleh Pak Dinie Juri. Ia juga mengandungi lima buah nasyid yang diselangi dengan bacaan al-Quran beserta terjemahan dan sajak yang pastinya akan menyentuh jiwa bagi pendengar yang benar-benar menghayati mesej yang disampaikan. Tajuk-tajuk nasyid tersebut adalah; 1, Zikir Iftitah; 2, Ya Ummu; 3, Kau Permata (Guruku); 4, Rintihan; 5, Nasyid Khatam al-Quran.

Seterusnya pihak Tahfiz Darul Furqan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah, Naqia Production (M) Sdn Bhd, Dato’ Prof. Dr Hjh Zamila Hj Husin kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk mencungkil bakat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ini.

Kepada mereka yang berminat untuk memiliki album ini atau ingin menjemput kami untuk mengadakan persembahan bolehlah  terus menghubungi kami di talian : 013-231 8675 (Ust. Izzat).

Filed under: Makluman

:: MASA DAN USIA ::

July 2014
M T W T F S S
« Jul    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

:: ARTIKEL ::

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.